Mengenai Kami

Penubuhan

Mesyuarat pelancaran Koperasi Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Berhad ( KPPK Bhd ) telah diadakan pada 17 Dis 1994 di Dewan Maktab Koperasi, Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor. Pelancaran ini telah dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Kebangsaan dan ahli-ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia ( KPPK SM ). Turut hadir untuk merasmikan penubuhan KPPK Bhd adalah YB Datuk Mohd Nor bin Rejab, Setiausaha Parlimen, mewakili Menteri Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi. Dalam pelancaran ini Anggota-Anggota Lembaga telah dipilih untuk menguruskan pendaftaran KPPK Bhd seperti berikut:

  • Sdr A Rajaguru ( Pengerusi )
  • Tuan Hj Ajidan b. Hj Hashim
  • Sdr P Ramanathan
  • Sdr Phua Bok Meng
  • Sdr Abdul Manap b. Hj Ahmad
  • Sdr Siva Subramaniam
  • Sdr Wong Boon San
  • Sdr Matthew Ng
  • Sdr Vee Nge An
  • Sdr R Kandasamy
  • Sdr K Vijayasuriar
  • Sdr Jerome Fernandez
  • Sdr K Ramakrishnan
  • Sdr Mohd Ali Mohd Ibrahim
  • Sdr Ravindran Nair

Proses pendaftaran telah mengambil masa yang panjang kerana semasa itu Jabatan Koperasi dalam proses membuat pindaan Akta Koperasi dan kami juga diminta membuat pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi beberapa kali. Akhirnya kelulusan telah diberi oleh Pendaftar Koperasi Wilayah Persekutuan pada 6 April 1996 ( Bil Daftar W-6-2269 ). Setelah lulus pendaftaran, Anggota Lembaga mengadakan mesyuarat yang pertama pada 6 Julai 1996. KPPK Bhd merakamkan penghargaan kepada yang berikut:

  • Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi
  • Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia
  • NUT Multi Purpose Coop Bhd
  • Koperasi Guru-Guru Kerajaan

Mereka telah memberi bantuan dan sokongan terhadap penubuhan dan kemajuan KPPK Bhd.

Maklumat Asas Koperasi

Matlamat

Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi

Fungsi

  • Fungsi utama koperasi tahun 1996 adalah untuk membantu dalam sektor tanah dan mendirikan bangunan atau rumah-rumah kediaman untuk anggota-anggota.
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2008 telah membuat pindaan ke atas Akta Koperasi 1993 dan mengarahkan fungsi utama KPPK Bhd dipinda kepada koperasi KREDIT.

Keanggotaan

Syarat-Syarat

  • Terbuka kepada ahli-ahli staf NUTP SM dan Staf KPPK Bhd.
  • Berumur tidak melebihi 54 tahun.
  • Seseorang anggota yang bersara daripada perkhidmatan boleh meneruskan keanggotaannya.

Permohonan & Pertanyaan

  • Semua cawangan NUTP SM menjadi pusat perhubungan negeri.
  • Segala pertanyaan, nasihat, Borang-Borang KPPK Bhd boleh didapati di Ibu Pejabat NUTP SM, cawangan-cawangan NUTP SM seperti di bawah atau melayari laman web: www.kppkbhd.com

Bayaran Penyertaan

FI MASUK
RM30.00
MODAL SYER
RM100.00
YURAN BULANAN
RM30.00 minimum
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
RM3.00 (bulanan)

Kegiatan & Prestasi

Aktiviti Utama

  • Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian daripada pendapatan dan memberi pembiayaan kepada anggota bagi maksud yang berfaedah;
  • Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
  • Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;
  • Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
  • Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi koperasi lain; dan
  • Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.

Kemudahan-Kemudahan KPPK

Tabung Kebajikan

Tabung Khairat Kematian
Tabung ini mula beroperasi pada 1 Julai 2015. Setiap anggota diwajib menyumbang sebanyak RM3.00 sebulan untuk menikmati skim kebajikan ini. Pada 27 Mei 2016 pembayaran sumbangan kematian ditambah seperti berikut:

Tarikh Perlaksanaan
Tempoh Keanggotaan
Jumlah Sumbangan Kematian
12 Jun 2015
Bawah 5 tahun
RM100.00
5 tahun / melebihi 5 tahun
RM300.00
27 Mei 2016
Bawah 5 tahun
RM300.00
6 – 10 tahun
RM600.00
11 – 15 tahun
RM900.00
16 – 20 tahun
RM1200.00
Melebihi 20 tahun
RM1500.00
08 Nov 2022
Bawah 5 tahun
RM150.00
5 tahun / melebihi 5 tahun
RM300.00